Tag Archives: Migrain

Sakit Kepala Hilang Tanpa Ubat Hanya Dengan Suplemen Semulajadi

Pengalaman melihat sendiri kawan yang sering sakit kepala sangatlah merisaukan. Apabila sakitnya menyerang, dia akan memilih untuk berehat dan tidur di dalam bilik yang gelap dan tidak terlalu bising. Kebiasaannya kawan saya ni akan mengambil pil penahan sakit atau penadol untuk melegakan kesakitan. Bayangkan lah setiap bulan dia akan bergantung kepada ubat-ubatan yang ternyata akan memberi kesan yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

sakit kepala hilang tanpa ubat hanya dengan suplemen semulajadi

Banyak faktor terjadi nya serangan sakit kepala antaranya berpunca daripada faktor tekanan, sinus dan migrain. Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh mencetuskan rasa sakit kepala. Selain daripada faktor keturunan, kekurangan zat dan nutrisi tertentu juga mendorong sakit kepala berterusan.

 

Sakit Kepala Menyerang Di kawasan Zon Merah
Sakit Kepala Menyerang Di kawasan Zon Merah

Selain bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang berunsurkan dadah terkawal seperti ubat sumatripan atau ubat ergotamine melalui suntikan atau di telan, memilih alternatif seperti suplemen semulaladi atau petua yang berasaskan bahan semulajadi adalah pilihan yang terbaik.

Mengambil suplemen adalah alternatif terbaik menggantikan ubat-ubatan kerana suplemen diperbuat daripada ekstrak makanan yang membekalkan zat dan nutrisi yang lengkap untuk keperluan tubuh.

Cara terbaik untuk mengelak migrain ialah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, melakukan rawatan spa, berurut, melakukan senaman aerobik, atau lain-lain.

sakit kepala hilang tanpa ubat dan doa
Jom amalkan doa untuk kurangkan sakit kepala

Selain itu, pengambilan makanan tambahan seperti B-Complex banyak membantu dalam mengurangkan risiko serangan sakit kepala dengan tiba-tiba akibat migrain, ini kerana di dalam B Complex terkandung vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin B6 (Pyridoxine) di mana ia bertanggungjawab terhadap mood dan emosi seseorang dalam membantu tubuh mengawal penghasilan hormon stress. Selain itu, B-Complex juga bantu mencegah depresi dan strok.

Untuk lebih efisien penyerapan vitamin ke dalam tubuh, pengambilan bersama Ostematrix amat digalakkan kerana di dalam Ostematrix itu sendiri terkandung kalsium, magnesium dan vitamin D. Magnesium amat penting untuk membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi tegang dan ia merupakan salah satu punca tercetusnya migrain.

Terdapat ujian yang dilakukan ke atas magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan rasa sakit kepala akibat migrain. Manakala vitamin D pula membantu penyerapan kalsium kerana tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap dengan baik dan ia boleh menyebabkan risiko terbentuknya batu karang.

Pada saya, amalan pengambilan vitamin atau suplemen ni sebenarnya untuk mencegah sebelum sakit kepala ini menyerang kerana apabila sakit itu datang ia bukan lah boleh di tahan-tahan sakitnya.. Tetapi jika sudah terlalu kronik, nasihat saya segera lah berjumpa dengan Doktor ye.. 🙂

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda, sesiapa yang berdekatan atau yang di sekitar Puchong boleh dapatkan melalui COD ke tempat anda. Sebarang pertanyaan seperti pembelian Shaklee, join ahli atau konsultasi eksklusif secara PERCUMA dari saya boleh hubungi segera…

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Advertisements

5 Tanda Migrain Yang Perlu Anda Tahu dan Beri Perhatian

Sakit kepala sebenarnya tidak mengenal usia, biasanya ia bermula dari usia kanak-kanak atau remaja, sekarang pun sudah ramai yang mengalami sakit kepala seawal usia belasan tahun. Agak merisaukan juga ye. Kalau tiba-tiba je terasa kepala berdenyut dan sakit, semua benda tak boleh buat. Habis hilang fokus dan penyelesaiannya hanya terbaring menahan kesakitan dalam masa 4-72 jam untuk kembali sembuh.

5-tanda-migrain-yang perlu-anda -tahu-dan-ambil-perhatian

Tanda- Tanda Migrain

  1. Rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata, tekak terasa loya dan sesetengahnya akan terasa sejuk pada tangan dan kaki.
  2. Sakit kepala yang teruk apabila tiba waktu haid, sesetengah wanita akan mengalami masalah sebegini.
  3. Pening dan tidak selesa pada perut dan tekak sehingga terasa ingin muntah.
  4. Mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja seperti di cucuk-cucuk.
  5. Mengalami perubahan perasaan seperti mudah marah, murung dan berasa letih serta selera makan akan sedikit terganggu beberapa hari sebelum sakit kepala menyerang, perasaan ini kebiasaannya tidak begitu ketara.

Darah yang tidak lancar atau tersekat sampai ke otak akan menyebabkan sakit kepala yang teruk. Punca-punca tercetusnya gejala sakit kepala atau migrain ini adalah seperti :-

  1. Terdedah kepada asap rokok
  2. Waktu tidur yang tidak teratur
  3. Terdedah kepada persekitaran bunyi yang kuat dan bising
  4. Bau-bauan yang terlalu kuat
  5. Keadaan lampu yang terlalu terang
  6. Kesan alahan seseorang
  7. Mengambil makanan secara berlebihan seperti coklat, keju, kopi, jeruk atau makanan yang diperap
  8. Sering menahan lapar.
  9. Mengambil ubat-ubatan seperti ubat perancang keluarga, sesetengah ubat tidur dan menjalani rawatan hormon

Jika sakit yang teramat di kepala dan kerap, seeloknya segera lah merujuk kepada Doktor dan membuat diagnosa yang betul seperti ujian pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) untuk mengetahui tahap kesihatan kita samada normal atau sebaliknya bagi memastikan tiada punca sakit kepala yang lebih serius. Untuk mengetahui lebih lanjut cara mengurangkan rasa sakit kepala tanpa pil penahan sakit atau penadol ketika sakit menyerang, boleh merujuk di sini Sakit Kepala Hilang Tanpa Penadol Hanya Dengan Suplemen Semulajadi

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Salam sayang dari momcantik.

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |