Tag Archives: jerebu

8 Tips Menghadapi Cuaca Panas Semasa Jerebu

Assalamualaikum..

Jerebu adalah satu fenomena yang mengandungi partikel-partikel yang sangat kecil yang tidak boleh di lihat oleh mata kasar serta boleh membawa bahan toksik di udara seperti gas, bahan kimia, debu dan habuk yang  dapat masuk ke dalam sistem pernafasan iaitu menerusi peparu dan diserap oleh darah.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak di udara ia akan menghalang pancaran matahari ke bumi dan mengurangkan jarak penglihatan kita.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) :-

bacaan-IPU-untuk-pantauan-jerebu

Ikuti Nasihat Berikut Untuk Cegah Penyakit Akibat Jerebu :-

  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang disarankan.
  • Penutup hidung hendaklah digunakan terutama kumpulan yang berisiko tinggi semasa mereka berada di luar bangunan atau berada di persekitaran yang berhabuk seperti penunggang motosikal atau pejalan kaki.
  • Mereka yang mengalami batuk, asma, selesema, sakit mata, penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung hendaklah segera ke klinik jika penyakit bertambah teruk.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan bacaan kualiti udara, IPU melebihi 100 iaitu keadaan udara tidak sihat.
  • Aktiviti sukan di luar rumah perlu dikurangkan
  • Kerap membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Tambah pengambilan vitamin seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E untuk tingkatkan sistem imun badan.

Apakah Kesan Jerebu Ke Atas Kesihatan Serta Memburukkan Lagi Keadaan Pesakit Kronik Yang Mereka Hidapi ?

  1. Batuk
  2. Kulit terasa gatal
  3. Sakit tekak
  4. Sakit mata seperti mata pedih atau mata merah
  5. Kesukaran bernafas
  6. Hidung tersumbat
  7. Selesema
  8. Asma
  9. Gangguan hormon *
  10. Radang paru-paru *
  11. Sakit jantung *
  12. Bronkitis *

*  tahap kronik

Segera dapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti di atas.

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Ketika Jerebu

langkah-penjagaan-semasa-jerebu

Jom bebaskan diri kita dari serangan jangkitan akibat bawaan jerebu. Jika inginkan konsultasi eksklusif mengenai Shaklee, sila hubungi saya dengan segera.

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Advertisements