8 Barang Wajib Ada Dalam Senarai Ibu Menyusu Bayi

Ramai ibu terutama ibu muda telah ramai membuat keputusan memilih untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Dengan adanya pengetahuan dan barang yang di khaskanĀ untuk membantu menjayakan proses penyusuan, ini ternyata banyak membantu.

Antaranya ialah :-

1. Pam

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-1

Sangat di syorkan untuk membantu pengeluaran susu terutama di saat susu merudum atau susu banyak. Sejujurnya memerah susu menggunakan tangan mengambil masa yang lama untuk di kosongkan dan saya cepat merasa lenguh terutama tangan dan sakit belakang. Pam pilihan saya ialah Pam Medela Freestyle kerana ia sangat praktikal dan cepat.

2. Botol Susu

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-3

Botol BPA Free (5 oz) banyak pilihan jenama di pasaran. Untuk menjimatkan ruang lebih sesuai menggunakan plastik khas untuk EBM.

3. Nursing Cover

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-6

Memudahkan ibu untuk menyusu bayi apabila berada di tempat awam. Tapi jika ke shopping complex / hospital kebanyakkan ruang khas menyusu banyak disediakan.

4. Breast Pad

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-2

Membantu ibu-ibu terutama yang banyak susu supaya tiada kesan basah pada baju. Breast pad ni ada 2 jenis iaitu yang boleh di basuh dan dipakai buang.

5. Reuseable ice pack & chill bag

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-4

Ibarat seperti peti sejuk bergerak. Sangat membantu untuk menyimpan susu perahan supaya tidak rosak dan tahan lama. Banyak pilihan di pasaran dengan rekaan dan warna yang menarik dan boleh buatkan saya rambang mata untuk buat pilihan.

6.Sterilizer & Warmer

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-7

Fungsi sterilizer untuk menjaga kebersihan botol, puting dan alatan pam. Basuh bersih botol dan puting, masukkan di dalam bekas dan tekan on dalam masa 8 minit dah siap. Ada juga yang gunakan cara merebus botol. Pun tak ada masalah. Fungsi warmer pula untuk panaskan EBM atau makanan bayi. Ada 3 setting untuk warmer, 40 darjah celcius untuk susu, 70 darjah celcius untuk makanan dan 100 darjah celcius untuk sterile. EBM perlu dipanaskan di antara 10-15minit pada suhu 40 darjah celcius dan perlu diberikan kepada bayi secepat mungkin untuk elak zat dan nutrien susu hilang.

7. Nursing Bra

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-5

Sangat penting pada saya nursing bra ni dan sangat selesa apabila menyusukan baby. Banyak juga pilihan jenama di pasaran. Pilihan saya antaranya Autumnz nursing bra. Boleh di beli secara online di http://www.autumnz.com

8. Baju Menyusu

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-8

Baju menyusu juga penting pada saya kerana ia direka khas untuk memudahkan ibu-ibu menyusu terutama apabila kita berasa di tempat awam.

Semoga perkongsian ini boleh membantu ibu-ibu untuk menyusukan bayi dengan selesa.

Semoga bermanfaat šŸ™‚

Salam sayang dari momcantik

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Advertisements

Jolokan Raja Segala Tumbuhan Yang Banyak Manfaat Dan Khasiatnya

Nama jolokan raja segala tumbuhan sudah melambangkan betapa hebat penangannya. Akar tunjang tumbuhan ini mampu memcecah sedalam 6 meter ke dalam tanah yang mampu menyerap pelbagai zat dan mineral penting yang terkandung di dalam tanah. Daunnya pula mengumpul klorofil dengan banyak secara fotosintesis. Raja segala tumbuhan ini di kenali sebagai Alfalfa.

raja-segala-tumbuhan-yang-pelbagai-khasiat-1

Nutrisi anugerah alam.

  • Alfalfa sumber semulajadi pigmen klorofil, vitamin dan mineral surih. Segalanya tersedia di dalam alfalfa complex.
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium yang bersamaan 1 gelas susu.
  • Bentuk tablet memudahkan pengambilannya. Boleh dihancurkan ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.
  • Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta mineral seperti kalsium, zat besi, fosforus dan potasium.
  • Tanpa bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis.

 

Siapa yang memerlukan Alfalfa Shaklee

  • Ibu menyusu yang ingin menambahkan susu ( milkbooster )
  • Wanita ingin hamil
  • Wanita yang mengalami masalah keputihan
  • Wanita yang mengalami PMS
  • Ibu dalam pantang pulihkan ketegangan urat
  • Individu yang mengalami ekzema
  • Individu yang ada masalah buasir
  • Individu yang pentingkan kesihatan usus, buah pinggang alfalfa sebagai agen detoks
  • Individu yang ingin mengawal berat badan
  • Individu yang ingin mengawal paras kolestrol

Nota : Individu yang mengalami penyakit SLE perlu mendapatkan khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

raja-segala-tumbuhan-yang-pelbagai-khasiat-2

Harga :Ā RM 53.75 (330 biji) | RM 97.50 (700 biji)

Selamat mencuba! šŸ™‚

Salam sayang dari momcantik

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

5 Tips Amalan Ibu Mengandung Untuk Persediaan Awal Menyusu

Persediaan untuk menyusu baby telah saya rancang semenjak di awal kehamilan lagi. Amalan ibu mengandung, pada saya sangat penting dan banyak membantu saya lebih bersemangat untuk menyusu sehingga usia baby 2 tahun. Ini kerana saya tahu proses penyusuan tidak semudah yang disangkakan. Banyak cabaran yang perlu dilalui dan saya juga percaya dengan amalan semasa mengandung ini banyak membantu persediaan penyusuan nanti.

tips-amalan-ibu-hamil-untuk-menyusu

5 Tips Amalan Ibu Mengandung Untuk Persediaan Awal MengusuĀ 

1. Reset Minda

Ubah minda dan tanam dalam hati setiap hari ketika bayi masih belum lahir lagi bahawa susu pasti akan cukup sehingga 2 tahun lengkap usianya. Aku pasti boleh. Ulang setiap hari ayat ini.

2. Mengamalkan Surah Al-Hujurat

Surah ini elok diamalkan untuk memperbanyakkan pengeluaran susu ibu dan supaya anak mempunyai sifat berhati-hati apabila dilahirkan nanti.

3. Urutan Payudara

Urutan payudara ini biasanya boleh dilakukan seawal usia kehamilan 6-7 bulan keatas untuk mengurangkan rasa kurang selesa di sekitar payudara dan membantu saluran susu menjadi lebih lembut dan longgar.

4. Pemakanan Seimbang

Penjagaan dari segi pemakanan ketika hamil sangat penting untuk perkembangan bayi di dalam kandungan dan kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Selain mengambil nasi, lauk pauk, kurma, buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya juga mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi semasa hamil. Vitamin ini banyak membantu saya kekal bertenaga sepanjang hari. Doktor juga menyarankan supaya mengambil vitamin setiap hari sepanjang tempoh kehamilan untuk membantu mengisi nutrisi yang lompong di dalam sajian harian. Vitamin ini juga penting untuk tumbesaran baby di tahap yang optimum.

5. Ilmu penyusuan

Berkongsi ilmu dengan keluarga terdekat terutama suami supaya dia turut memahami dan sama-sama memberi sokongan untuk menjayakan misi penyusuan ini. Antaranya dengan berkongsi artikel-artikel yang dibaca atau ilmu-ilmu yang di dengar. Selain keluarga terdekat seperti ibu, rakan-rakan juga perlu untuk kita kongsikan ilmu-ilmu penyusuan ini supaya pemahaman tentang penyusuan ini akan lebih jelas.

Semoga tips amalan ini membantu ibu-ibu melalui detik-detik penyusuan dengan baik dan lebih mudah. Semoga kita sama-sama berjaya memulakan penyusuan ini dan dapat menyusu sehingga usia baby lengkap 2 tahun.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang dari momcantik šŸ™‚

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

Rambut Lebat Dan Cantik Bersinar Dengan Set Rawatan Rambut Gugur

Ramai yang diluar sana mengalami masalah rambut gugur tidak kira lelaki atau wanita. Jika tidak mengambil pencegahan dari awal dikhuatiri masalah rambut gugur ni akan menjadi semakin serius dan yang paling risau, kepala akan menjadi botak. Banyak juga pilihan rawatan khas untuk rambut gugur yang boleh mengembalikan kecantikan rambut dengan rawatan yang bersumberkan dari bahan semulajadi dan selamat.

LEBAT-BERSINAR-DENGAN-SET-PENAWAR-RAMBUT-GUGUR

 

LEBAT BERSINAR DENGAN PENAWAR RAMBUT GUGUR

Set yang berasaskan daripada sumber semulajadi seperti Set Rambut Gugur Shaklee ini mengandungi beberapa vitamin seperti :

1. Vita-lea Iron Formulated

Multivitamin yang mengandungi zat besi untuk membantu folikel rambut tumbuh dengan sihat. Kekurangan zat besi adalah salah satu punca terjadinya rambut gugur.

2. GLA Complex

Membantu mengimbangi hormon terutama untuk ibu selepas bersalin bagi mengelakkan terjadinya keguguran rambut yang serius.

3. ESP

Kuku dan rambut terdiri daripada fiber protein. Jika badan kekurangan protein dalam diet harian, ia banyak mengganggu proses kitaran rambut seperti fasa memanjang, fasa rehat dan fasa gugur.

4. Zinc

Kekurangan zink di dalam badan boleh menyebabkan struktur rambut menjadi mudah rapuh dan lemah, maka lebih cepat terjadinya rambut gugur.

Selain penjagaan dalaman, penjagaan luaran juga sangat membantu untuk mendapatkan kesihatan rambut yang optimum. Salah satunya adalah dengan mengamalkan petua ini :

” Ramas beberapa helai daun bunga raya dengan daun pandan. Sapu keseluruh kulit kepala. Biarkan seketika, kemudian di bilas dengan air bersih. Seeloknya diamalkan seminggu sekali “.

Selain daripada petua Ā di atas, set penjagaan luaran yang berasaskan dari sumber semulajadi juga boleh membantu untuk mendapatkan kesan yang optimum kepada kesihatan rambut yang lebih sihat bersinar.

Keterangan lanjut mengenai set rambut gugur samada untuk penjagaan dalaman atau penjagaan luaran, boleh hubungi di talian 012.3398734 untuk konsultasi berterusan secara percuma daripada saya.

Salam sayang dari momcantik šŸ™‚

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

5 Tips Elak Masalah Rambut Gugur Yang Serius Semasa Menyusu

Kebiasaanya apabila selepas bersalin, ramai ibu-ibu akan mengalami masalah rambut gugur. Ada sesetengahnya agak teruk, sampai terasa rambut nipis dan gugur dalam jumlah yang banyak terutama selepas mandi dan menyikat rambut. Saya pun turut mengalami masalah rambut gugur yang teruk sebelum ni, fobia pun ada jika lihat rambut yang gugur di lantai. Tips-Elak-Rambut-Gugur

Kenapa ye rambut gugur ? Adakah ia normal ? Sebenarnya terjadinya rambut gugur kerana perubahan hormon ibu selepas bersalin seperti paras estrogen dalam badan akan menurun. Ini kerana semasa hamil rambut berada dalam fasa berehat. Selepas fasa berehat biasanya dalam 3 bulan, rambut akan mula gugur.

Jom kita lihat perkongsian Puan Maria Awi yang turut mengalami masalah rambut gugur.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini… from iReach HD on Vimeo.

Semoga perkongsian di atas, dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang turut mengalami masalah rambut gugur ni. Rambut gugur bukan masalah pada ibu menyusu, ibu hamil atau ibu selepas bersalin sahaja. Individu yang mengambil ubat-ubatan yang kerap, pengidap thyroid, penyakit auto-immune, faktor genetik, kurang tidur dan selalu stress juga boleh menyebabkan rambut gugur. Jadi pemakanan yang seimbang sangat membantu mengurangkan masalah rambut gugur ni.

Jom kita tengok 5 tips panduan pemakanan elak rambut gugur.

1. Makanan Laut

2. Sayur Bayam

3. Kuning Telur

4. Kekacang

5. Daging Merah

Semua jenis makanan ini adalah makanan yang tinggi zinc. Ā Tahap resapan zink adalah antara 20%-30% sahaja dari makanan yang di ambil, ia bergantung kepada kualiti sumber zink tersebut. Jadi amatlah penting pengambilan zink yang berkualiti dan selamat.

Jadi penjagaan rambut yang rapi sangat penting untuk kita tampil berkeyakinan. Selain itu, saya juga mengamalkan suplemen tambahan untuk rambut gugur selain daripada sumber makanan di atas untuk membantu penyerapan zink yang optimum khususnya untuk rambut yang lebih sihat dan bermaya.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang dari momcantik šŸ™‚

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

[Infografik] Set Lengkap Ibu Hamil Dengan Kualiti Premium Untuk Kekal Bertenaga

Penjagaan semasa hamil juga penting untuk perkembangan awal dan tumbesaran bayi. Pada saya ia sama penting dengan penjagaan selepas kelahiran iaitu semasa proses berpantang. Penjagaan semasa hamil lebih kepada perkembangan bayi itu sendiri manakala penjagaan selepas kelahiran lebih kepada pemulihan badan ibu untuk kekal bertenaga seperti sediakala.

set-lengkap-ibu-hamil-premium

Penjagaan semasa hamil termasuklah mengambil berat tentang pengambilan jenis makanan sepanjang kehamilan. Nutrisi lengkap amat penting untuk membantu ibu mendapatkan nutrisi optimum yang diperlukan dan melengkapkan lompong-lompong di dalam setiap sajian makanan.

Set lengkap yang saya amalkan sepanjang tempoh hamil ialah Set Kehamilan Shaklee. Set ini banyak membantu tahap kesihatan saya dan bayi yang dikandung pada tahap yang optimum.

set-lengkap-ibu-hamil

 

Set Lengkap ini terdiri daripada :

Vita-Lea Iron Formula

B-Complex

Sustained Release Vita-C

OsteMatrix

OmegaGuard

ESP

 

Jika anda masih mencari-cari suplemen lengkap semasa hamil. Anda boleh dapatkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee ini dengan hubungi saya atau emel ke hadyla.rose@yahoo.com. Dengan pembelian set lengkap hamil ini, anda akan mendapat konsultasi berterusan daripada saya dan panduan cara-cara pengambilannya.

Salam sayang dari momcantik

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

6 Tips Penting Agar Nutrisi Ibu Hamil Lengkap Sepanjang Kehamilan

Nutrisi yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan banyak membantu perkembangan janin dan dapat mengelak sebarang masalah kesihatan terutama di awal pembentukan janin yang sedang membesar.Ā Ia juga membantu ibu hamil kekal bertenaga terutama sepanjang tempoh awal kehamilan dan dapat kekalkan tahap kesihatan dengan baik.

6-Tips-Nutrisi-Ibu-Hamil

6 Nutrisi Penting Sepanjang Kehamilan Yang Perlu Untuk Ibu HamilĀ 

1. Sumber Protein

Protein membantu penghasilan sel baru, keseimbangan hormon dan enzim dalam badan. Setiap ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 60 gram sehari. Protein boleh didapati dari kekacang, daging merah, tempe dan tauhu.

2. Kalsium

Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi janin. Pengambilan kalsium yang cukup sangat penting untuk ibu hamil elak risiko osteoporosis dan sakit lutut yang biasa di alami oleh warga emas. Ā Jika kalsium tidak mengcukupi di dalam badan ibu, janin akan mengambil sumber kalsium dari tulang ibunya. Kalsium boleh di dapati dari sayuran hijau dan susu.

3. Asid Folik

Asid folik sangat penting terutama di awal kehamilan kerana janin sangat memerlukan tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram sehari untuk membantu pembentukan sel dan sistem sarafnya. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan perkembangan janin terbantut dan tidak sempurna seperti mengalami bibir sumbing, lahir tanpa tempurung kepala dan masalah spina bifida. Asid folik boleh didapati dari beras merah, buah-buahan dan sayuran hijau.

4. Zat Besi

Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg sehari diperlukan oleh ibu hamil. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan risiko anemia dan mengelak dari masalah hemoglobin rendah (hb rendah). Zat besiĀ boleh didapati dari daging, hati dan sayuran hijau seperti bayam.

5. Vitamin C

Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Penting juga untuk kesihatan gusi serta membantu penyerapan zat besi dengan baik. Selain itu melindungi badan dari serangan radikal bebas yang boleh mengganggu sistem organ badan.

6. Minyak Ikan

Minyak ikan merupakanĀ asid lemak omega-3 yang mengandungiĀ DHA, EPA, dan ALA yang mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan perkembangan fungsi-fungsi otak, membantu perkembangan sistem saraf bayi dan perkembangan mata.

Sangat penting untuk ibu hamil mengambil berat tentang kepentingan nutrisi sepanjang kehamilan. Kekurangan nutrisiĀ iniĀ boleh menyebabkan terjadinya Ā gejala anemia, kaki bengkak, kejang kaki (cramp), gusi berdarah dan sakit belakang. Tapi yang lebih teruk boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang dan kematian janin. Jadi amatlah penting pengambilan nutrisi yang lengkap sepanjang kehamilan untuk ibu hamil.

Pengalaman saya sepanjang tempoh kehamilan, saya mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi. Ia memang banyak membantu saya kekal cergas dan sihat, yang paling penting perkembangan baby pun alhamdulillah sangat baik šŸ˜‰

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Salam sayang dari momcantik šŸ™‚

 

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |