Category Archives: Tips

Tips Atasi Keputihan Ketika Hamil Supaya Tidak Menjejaskan Bayi Dalam Kandungan

Keputihan terdapat 2 jenis iaitu keputihan normal @ fisiologis dan keputihan abnormal @ patologis. Hampir setiap wanita mengeluarkan lelehan faraj pada waktu subur setiap bulan. Situasi ini adalah adalah normal. Berbeza situasi jika ia tidak normal dimana lelehan lendir lebih kental, berwarna kuning/coklat, gatal di sekitar vagina dan berbau.

Keputihan berlaku kerana terdapat peningkatan hormon kehamilan. Hormon estrogen membantu aliran darah ke pelvik dan mengalir ke bahagian vagina lebih banyak daripada biasa dan merangsang selaput lendir badan iaitu Leukorrhea.

Jika keputihan berwarna kekuningan dan hijau, berbau kuat, gatal dan kemerahan, kemungkinan telah mengalami jangkitan faraj @ jangkitan yeast (candidiasis). Seeloknya segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Masalah keputihan bagi sesetengah kes boleh membawa masalah kepada kandungan seperti keguguran di awal kehamilan dan kelahiran bayi pra-matang.

atasi-keputihan-semasa-hamil

Tips Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil :

  • Pertama sekali jumpa doktor sekiranya terdapat perubahan yang tidak normal pada lelehan keputihan
  • Pastikan kebersihan pada kemaluan agar tidak ada bau yang kurang menyenangkan
  • Gunakan panty liners dan pastikan sentiasa menukarnya sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali.
  • Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas supaya pengaliran udara lebih sempurna
  • Membasuh kemaluan dengan rebusan air daun sirih atau bahan cucian yang dikhaskan untuk penjagaan bahagian intim.

Pengambilan makanan secara seimbang boleh membantu menguatkan sistem imun badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit semasa hamil. 5 makanan bantu ibu hamil tingkatkan imun sistem.

Semoga bermanfaat!

Salam sayang dari momcantik

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

8 Barang Wajib Ada Dalam Senarai Ibu Menyusu Bayi

Ramai ibu terutama ibu muda telah ramai membuat keputusan memilih untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Dengan adanya pengetahuan dan barang yang di khaskan untuk membantu menjayakan proses penyusuan, ini ternyata banyak membantu.

Antaranya ialah :-

1. Pam

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-1

Sangat di syorkan untuk membantu pengeluaran susu terutama di saat susu merudum atau susu banyak. Sejujurnya memerah susu menggunakan tangan mengambil masa yang lama untuk di kosongkan dan saya cepat merasa lenguh terutama tangan dan sakit belakang. Pam pilihan saya ialah Pam Medela Freestyle kerana ia sangat praktikal dan cepat.

2. Botol Susu

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-3

Botol BPA Free (5 oz) banyak pilihan jenama di pasaran. Untuk menjimatkan ruang lebih sesuai menggunakan plastik khas untuk EBM.

3. Nursing Cover

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-6

Memudahkan ibu untuk menyusu bayi apabila berada di tempat awam. Tapi jika ke shopping complex / hospital kebanyakkan ruang khas menyusu banyak disediakan.

4. Breast Pad

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-2

Membantu ibu-ibu terutama yang banyak susu supaya tiada kesan basah pada baju. Breast pad ni ada 2 jenis iaitu yang boleh di basuh dan dipakai buang.

5. Reuseable ice pack & chill bag

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-4

Ibarat seperti peti sejuk bergerak. Sangat membantu untuk menyimpan susu perahan supaya tidak rosak dan tahan lama. Banyak pilihan di pasaran dengan rekaan dan warna yang menarik dan boleh buatkan saya rambang mata untuk buat pilihan.

6.Sterilizer & Warmer

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-7

Fungsi sterilizer untuk menjaga kebersihan botol, puting dan alatan pam. Basuh bersih botol dan puting, masukkan di dalam bekas dan tekan on dalam masa 8 minit dah siap. Ada juga yang gunakan cara merebus botol. Pun tak ada masalah. Fungsi warmer pula untuk panaskan EBM atau makanan bayi. Ada 3 setting untuk warmer, 40 darjah celcius untuk susu, 70 darjah celcius untuk makanan dan 100 darjah celcius untuk sterile. EBM perlu dipanaskan di antara 10-15minit pada suhu 40 darjah celcius dan perlu diberikan kepada bayi secepat mungkin untuk elak zat dan nutrien susu hilang.

7. Nursing Bra

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-5

Sangat penting pada saya nursing bra ni dan sangat selesa apabila menyusukan baby. Banyak juga pilihan jenama di pasaran. Pilihan saya antaranya Autumnz nursing bra. Boleh di beli secara online di http://www.autumnz.com

8. Baju Menyusu

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-8

Baju menyusu juga penting pada saya kerana ia direka khas untuk memudahkan ibu-ibu menyusu terutama apabila kita berasa di tempat awam.

Semoga perkongsian ini boleh membantu ibu-ibu untuk menyusukan bayi dengan selesa.

Semoga bermanfaat 🙂

Salam sayang dari momcantik

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

5 Tips Amalan Ibu Mengandung Untuk Persediaan Awal Menyusu

Persediaan untuk menyusu baby telah saya rancang semenjak di awal kehamilan lagi. Amalan ibu mengandung, pada saya sangat penting dan banyak membantu saya lebih bersemangat untuk menyusu sehingga usia baby 2 tahun. Ini kerana saya tahu proses penyusuan tidak semudah yang disangkakan. Banyak cabaran yang perlu dilalui dan saya juga percaya dengan amalan semasa mengandung ini banyak membantu persediaan penyusuan nanti.

tips-amalan-ibu-hamil-untuk-menyusu

5 Tips Amalan Ibu Mengandung Untuk Persediaan Awal Mengusu 

1. Reset Minda

Ubah minda dan tanam dalam hati setiap hari ketika bayi masih belum lahir lagi bahawa susu pasti akan cukup sehingga 2 tahun lengkap usianya. Aku pasti boleh. Ulang setiap hari ayat ini.

2. Mengamalkan Surah Al-Hujurat

Surah ini elok diamalkan untuk memperbanyakkan pengeluaran susu ibu dan supaya anak mempunyai sifat berhati-hati apabila dilahirkan nanti.

3. Urutan Payudara

Urutan payudara ini biasanya boleh dilakukan seawal usia kehamilan 6-7 bulan keatas untuk mengurangkan rasa kurang selesa di sekitar payudara dan membantu saluran susu menjadi lebih lembut dan longgar.

4. Pemakanan Seimbang

Penjagaan dari segi pemakanan ketika hamil sangat penting untuk perkembangan bayi di dalam kandungan dan kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Selain mengambil nasi, lauk pauk, kurma, buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya juga mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi semasa hamil. Vitamin ini banyak membantu saya kekal bertenaga sepanjang hari. Doktor juga menyarankan supaya mengambil vitamin setiap hari sepanjang tempoh kehamilan untuk membantu mengisi nutrisi yang lompong di dalam sajian harian. Vitamin ini juga penting untuk tumbesaran baby di tahap yang optimum.

5. Ilmu penyusuan

Berkongsi ilmu dengan keluarga terdekat terutama suami supaya dia turut memahami dan sama-sama memberi sokongan untuk menjayakan misi penyusuan ini. Antaranya dengan berkongsi artikel-artikel yang dibaca atau ilmu-ilmu yang di dengar. Selain keluarga terdekat seperti ibu, rakan-rakan juga perlu untuk kita kongsikan ilmu-ilmu penyusuan ini supaya pemahaman tentang penyusuan ini akan lebih jelas.

Semoga tips amalan ini membantu ibu-ibu melalui detik-detik penyusuan dengan baik dan lebih mudah. Semoga kita sama-sama berjaya memulakan penyusuan ini dan dapat menyusu sehingga usia baby lengkap 2 tahun.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

6 Tips Penting Agar Nutrisi Ibu Hamil Lengkap Sepanjang Kehamilan

Nutrisi yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan banyak membantu perkembangan janin dan dapat mengelak sebarang masalah kesihatan terutama di awal pembentukan janin yang sedang membesar. Ia juga membantu ibu hamil kekal bertenaga terutama sepanjang tempoh awal kehamilan dan dapat kekalkan tahap kesihatan dengan baik.

6-Tips-Nutrisi-Ibu-Hamil

6 Nutrisi Penting Sepanjang Kehamilan Yang Perlu Untuk Ibu Hamil 

1. Sumber Protein

Protein membantu penghasilan sel baru, keseimbangan hormon dan enzim dalam badan. Setiap ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 60 gram sehari. Protein boleh didapati dari kekacang, daging merah, tempe dan tauhu.

2. Kalsium

Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi janin. Pengambilan kalsium yang cukup sangat penting untuk ibu hamil elak risiko osteoporosis dan sakit lutut yang biasa di alami oleh warga emas.  Jika kalsium tidak mengcukupi di dalam badan ibu, janin akan mengambil sumber kalsium dari tulang ibunya. Kalsium boleh di dapati dari sayuran hijau dan susu.

3. Asid Folik

Asid folik sangat penting terutama di awal kehamilan kerana janin sangat memerlukan tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram sehari untuk membantu pembentukan sel dan sistem sarafnya. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan perkembangan janin terbantut dan tidak sempurna seperti mengalami bibir sumbing, lahir tanpa tempurung kepala dan masalah spina bifida. Asid folik boleh didapati dari beras merah, buah-buahan dan sayuran hijau.

4. Zat Besi

Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg sehari diperlukan oleh ibu hamil. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan risiko anemia dan mengelak dari masalah hemoglobin rendah (hb rendah). Zat besi boleh didapati dari daging, hati dan sayuran hijau seperti bayam.

5. Vitamin C

Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Penting juga untuk kesihatan gusi serta membantu penyerapan zat besi dengan baik. Selain itu melindungi badan dari serangan radikal bebas yang boleh mengganggu sistem organ badan.

6. Minyak Ikan

Minyak ikan merupakan asid lemak omega-3 yang mengandungi DHA, EPA, dan ALA yang mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan perkembangan fungsi-fungsi otak, membantu perkembangan sistem saraf bayi dan perkembangan mata.

Sangat penting untuk ibu hamil mengambil berat tentang kepentingan nutrisi sepanjang kehamilan. Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan terjadinya  gejala anemia, kaki bengkak, kejang kaki (cramp), gusi berdarah dan sakit belakang. Tapi yang lebih teruk boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang dan kematian janin. Jadi amatlah penting pengambilan nutrisi yang lengkap sepanjang kehamilan untuk ibu hamil.

Pengalaman saya sepanjang tempoh kehamilan, saya mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi. Ia memang banyak membantu saya kekal cergas dan sihat, yang paling penting perkembangan baby pun alhamdulillah sangat baik 😉

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Salam sayang dari momcantik 🙂

 

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Mudah Dengan Set Tambah Berat Badan Yang Semulajadi dan Selamat

Pernah tak terfikir kenapa lah berat badan ni tak naik-naik, makan dah banyak tapi masih lagi berat tak bertambah bila di timbang. Stress juga kalau hari-hari tengok penimbang tak berubah. Pernah berada di situasi begini?

cara-tambah-berat-badan-selamat

Saya dulu pun mengalami masalah begini. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas mencuba secara konsisten, banyak perubahan yang ketara. Berat pun dah dalam lingkungan normal. Tidak terlalu kurus seperti dulu. Kekadang rimas juga bila terlalu kurus ni, asyik terima teguran manja dari orang terdekat je :-).

” Kategori kurang berat badan adalah BMI dari 15-18.5. Manakala berat normal adalah dari 18.5 ke 25 “

Set untuk tambah berat badan ni terdiri daripada :

1. Meal Shakes – 544 gram (RM113.75)

Hidangan berkhasiat serta mudah disediakan. Rendah kolestrol, lemak dan sodium. Sangat sesuai untuk penambahan berat badan. Sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan yang seimbang serta lengkap bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh.

2. Vita-Lea Iron Formula -120biji (RM88.75)

Multivitamin yang tertua di dunia. Dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan terutama untuk yang ingin menambah berat badan.

3. B-Complex – 120biji (RM53.75)

Mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik untuk membantu memelihara kesihatan yang baik dan melengkapkan zat penting yang lompong di dalam diet harian. Juga membantu meningkatkan selera makan, ia sangat sesuai untuk yang ingin menambah berat badan.

set-weight-gain-terbaik

Kenapa perlu mengambil suplemen Set Weight Gain Shaklee ni. Set ni sangat membantu tubuh mendapat keperluan zat yang mencukupi dan sangat sesuai untuk individu yang mempunyai masa makan yang tidak menentu.

testi-weight-gain-1

 

testi-weight-gain-2

 

testi-weight-gain.3

Tercari-cari cara yang mudah, semulajadi dan selamat untuk tambah berat badan. Hubungi saya untuk konsultasi yang terbaik khas untuk anda.

Salam Sayang dari momcantik

Your Trusted Distributor

sid 910071

| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

5 Cara Tambah Berat Badan Untuk Elak Nampak Terlalu Kurus

Ramai yang risau apabila berat badan naik mendadak. Sekarang pula dah dekat nak raya, kalau beli baju yang dah siap risau tak muat pula. Silap-silap tak ada baju raya sebab tukang jahit dah tak nak terima.

Tapi ada juga segelintir daripada kita, ada masalah nak tambah berat badan. Susah sangat nak naik berat badan , pelbagai cara dah cuba, tetapi tak berjaya juga. Jom baca bagaimana cara tambah berat badan untuk elak nampak terlalu kurus.

cara-tambah-berat-badan

Masalah badan terlalu kurus juga tidak elok untuk kesihatan dan yang lebih teruk akan terdedah kepada sindrom aneroksia. Takutnya… Masalah kurang berat badan ni boleh membuatkan seseorang mudah stress, nampak tua dan berasa rendah diri. Jom baca perkongsian di bawah semoga ia membantu.

5 cara tambah berat badan untuk mendapatkan berat normal dan ideal.

1. Perlu makan kerap, elak perut kosong terlalu lama

Makan secara konsisten dan tidak melebihi 4 jam untuk setiap hidangan supaya badan sentiasa mendapat bekalan tenaga yang berterusan supaya dapat kekalkan jisim otot dan tisu-tisu penting supaya sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik.

2. Mengamalkan pemakanan yang seimbang

Perlu pastikan makan makanan yang membekalkan zat mencukupi. Elak mengambil makanan ringan dan gula yang tinggi. Perlukan pastikan mendapat sumber protein yang tinggi untuk jisim otot lebih pejal dan sel mendapat zat yang cukup.

Vitamin B-Complex membantu tumbesaran sel-sel baru dan keseimbangan zat penting untuk metabolisme lemak yang sempurna. Menambahkan selera makan dan membantu zat-zat penting dalam badan.

cara-tambah-berat-badan-sihat

3. Minum air 8 gelas sehari

Ambil sekurang-kurang 8 gelas sehari atau 2.0L air putih sehari. Air yang cukup penting untuk sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik, menjadi kulit tidak terlalu kering dan kusam.

4. Jangan skip sarapan pagi dan malam

Makan makanan yang tidak terlalu berat. Pilih makanan seperti whole grain cereal, susu rendah lemak untuk sarapan pagi dalam kuantiti yang sederhana atau buah-buahan serta sayur-sayuran.

5. Mengambil suplemen

Suplemen dapat membantu mempercepatkan proses penambahan berat badan atau dikenali sebagai ‘booster’. Ia bukan lah pengganti kepada makanan. Suplemen ini merupakan salah satu cara untuk membantu mengisi nutrisi yang lompong semasa pengambilan makanan yang di masak.

Untuk tahu lebih lanjut klik di sini

Salam Sayang dari momcantik

Your Trusted Distributor

sid 910071

| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

 

 

Tips Minum Air Banyak Elak Dehidrasi Di Bulan Puasa

minum air banyak

Pengambilan air yang mencukupi sewaktu berpuasa terutama bagi ibu-ibu menyusu adalah sangat penting untuk menggantikan semula susu yang keluar semasa proses penyusuan. Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari perlu untuk elak dehidrasi dan susu tidak merudum. Jadi bagaimana cara untuk pastikan badan kita sentiasa dapat air yang secukupnya.

Perlu diingat pengambilan air berlebihan juga tidak baik untuk sistem dalaman kita. Jom saya kongsikan cara untuk tentukan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh.

Sebagai contoh berat anda ialah 50kg @110.23 lb

Formula :
2/3 daripada berat badan dalam unit (Pounds, lb) = berapa jumlah air yang diperlukan (dalam unit Ounce, oz)
  1. Tukarkan unit kg kepada pounds : 50kg = 110.23 lb
  2. Darab (jumlah pound) dengan 2/3 : 110.23 x 2/3 = 73.49 oz
  3. Tukarkan unit oz kepada liter : 73.49 oz = 2.2L
Untuk berat badan 50kg sebanyak 2.2L air sehari sekurang-kurangnya perlu di minum.
Jika anda tercari-cari masa yang sesuai untuk lengkapkan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jom lihat panduan seperti di bawah.

Tips minum air banyak  8 gelas air

  • 1 gelas selepas bangun untuk bersahur
  • 1 gelas selepas makan masa bersahur
  • 1 gelas selepas berbuka dengan hidangan ringan
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan hidangan berat
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawih
  • 1 gelas sebelum masuk tidur

Dengan adanya panduan seperti ini, banyak membantu saya minum secara konsisten mengikut masa seperti di atas. Jika dulu asyik terlupa saja, kadang -kadang terlupa nak minum dan kadang-kadang terlupa dah berapa gelas dah minum. Pernah tak jadi macam saya?

Selain mengambil air kosong yang cukup, saya juga ambil suplemen untuk kekal bertenaga supaya susu tidak merudum dan badan tidak mudah letih.

Semoga panduan di atas boleh membantu anda untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tanpa culas. :-).

Salam sayang dari momcantik

Selamat Berpuasa!

 

4 Panduan Penting Elak Susu Ibu Merudum Ketika DiBulan Puasa

elak susu merudum bulan puasa

Bulan Ramadan bulan yang sentiasa di tunggu- tunggu kehadirannya. Terasa seronok je dengan suasana di bulan Ramadan dan yang paling best pahala berlipat kali ganda berbanding di bulan-bulan lain. Terasa rugi jika tidak manfaatkan sebaik mungkin. Tapi jauh di sudut hati seorang ibu yang menyusu seperti saya, ada sedikit kerisauan, takut jika susu merudum dan baby meragam. Pernah tak alami perasaan begini ?

Tidak dinafikan selepas menyusu mudah sangat dahaga. Tahu tak cara untuk kurangkan rasa dahaga ketika berpuasa terutama untuk ibu-ibu menyusu seperti saya. Jom kita lihat perkongsian dari seorang ibu hebat ni dan panduan penting macamana Pn. Salwa mengekalkan tenaga dan sediakan stok untuk si comel beliau.

Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

Bestkan perkongsian beliau, dengan mengamalkan suplemen di bulan ramadan, ia sangat membantu ibu menyusu seperti saya dan ibu-ibu menyusu di luar sana kekal bertenaga.

Tapi, awas dengan tanda-tanda seperti di bawah, situasi ini menunjukkan badan kita memang memerlukan bantuan supplemen. Pernah alami situasi seperti ini :

  •  mudah terasa lapar dan dahaga yang teruk sampai terasa pening
  • susu merudum dengan drastik
  • badan terasa letih, lesu, penat dan malas nak lakukan apa-apa. Terasa nak baring je
  • emosi yang tak stabil terasa macam mudah nak marah tak tentu pasal.

Haaa…. kalau ada cepat-cepat lah bertindak, atau hubungi saya untuk bantuan 🙂 Saya akan tunjukkan cara yang tepat berkaitan dengan suplemen mengikut keperluan anda dan berkongsi tip-tip yang menarik khas untuk anda dan si comel.

Salam Sayang dari momcantik

Your Trusted Distributor

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

 

 

6 Tips Tambah Susu Badan Ibu Pantang Untuk Elak Bayi Meragam

Teringat detik-detik kelahiran baby Aireen pada 14 May 2015, selepas je baby keluar, doktor terus letakkan baby di dada. Alhamdulillah, nikmatnya perasan itu. Syukur!. Sebenarnya niat untuk susukan baby genap 2 tahun sejak mengandung lagi. Biasanya di waktu lapang, saya akan google mencari tips tambah susu badan ibu pantang sebagai persediaan dan menambah ilmu penyusuan saya. In syaa allah semoga perjalanan ni di permudahkan oleh-Nya

Tips Tambah Susu Badan Ibu Pantang

Pengalaman dulu membuatkan saya lebih bersedia untuk menyusukan baby Aireen. Susu badan pada hari pertama dan kedua taklah banyak. Tapi saya nekad untuk terus menyusukannya kerana yakin dan percaya baby Aireen akan dapat khasiat susu awal ibu atau kolostrum. Antibodi yang ada dalam kolostrum sangat penting untuk daya tahan badannya. Pada hari ketiga, alhamdulilah susu semakin bertambah. Semasa anak pertama dulu, saya ingatkan susu tak keluar terutama pada hari pertama dan kedua. Ceteknya ilmu penyusuan saya.

Ibu berpantang yang menyusukan bayi sangat memerlukan pemakanan yang seimbang. Kekurangan rehat dan diet yang tidak seimbang akan menjejaskan pengeluaran susu ibu. Terdapat tips tambah susu badan ibu pantang yang boleh di kongsikan bersama.

1. Niat dan sentiasa berdoa semoga di beri kekuatan mental dan fizikal untuk meneruskan penyusuan sehingga genap 2 tahun

2. Menyusu dengan kerap dan pastikan kedua-dua belah payudara kosong sepenuhnya apabila selesai menyusu.

3. Elak menggunakan puting tiruan dan botol supaya bayi tidak keliru.

4. Periksa Ubat yang diambil seperti pil perancang atau ubatan lain. Seeloknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk pengambilan sebarang ubat.

5. Diet yang sihat dengan protein yang tinggi dan berserat

6. Menyediakan kelengkapan menyusu seperti pam menyusu dan mengambil suplemen tambahan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Emosi yang stabil dan sentiasa berfikiran positif sangat membantu pengeluaran susu ibu. Pengambilan air kosong yang mencukupi sekurang-kurang 2L sehari juga sangat penting.

Selain itu, saya juga mengamalkan suplimen tambahan untuk tambah susu badan untuk elak susu merudum dan untuk kecergasan badan kerana kekurangan waktu rehat dan kurang tidur. Jom tengok perkongsian hebat Pn. Farah bagaimana beliau berusaha tambah susu badan untuk anaknya yang tersayang 🙂

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Salam Sayang dari momcantik

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan suplemen mengikut keperluan anda 🙂

Your Trusted Distributor

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |