Category Archives: Kesihatan

8 Tips Menghadapi Cuaca Panas Semasa Jerebu

Assalamualaikum..

Jerebu adalah satu fenomena yang mengandungi partikel-partikel yang sangat kecil yang tidak boleh di lihat oleh mata kasar serta boleh membawa bahan toksik di udara seperti gas, bahan kimia, debu dan habuk yang  dapat masuk ke dalam sistem pernafasan iaitu menerusi peparu dan diserap oleh darah.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak di udara ia akan menghalang pancaran matahari ke bumi dan mengurangkan jarak penglihatan kita.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) :-

bacaan-IPU-untuk-pantauan-jerebu

Ikuti Nasihat Berikut Untuk Cegah Penyakit Akibat Jerebu :-

  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang disarankan.
  • Penutup hidung hendaklah digunakan terutama kumpulan yang berisiko tinggi semasa mereka berada di luar bangunan atau berada di persekitaran yang berhabuk seperti penunggang motosikal atau pejalan kaki.
  • Mereka yang mengalami batuk, asma, selesema, sakit mata, penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung hendaklah segera ke klinik jika penyakit bertambah teruk.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan bacaan kualiti udara, IPU melebihi 100 iaitu keadaan udara tidak sihat.
  • Aktiviti sukan di luar rumah perlu dikurangkan
  • Kerap membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Tambah pengambilan vitamin seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E untuk tingkatkan sistem imun badan.

Apakah Kesan Jerebu Ke Atas Kesihatan Serta Memburukkan Lagi Keadaan Pesakit Kronik Yang Mereka Hidapi ?

  1. Batuk
  2. Kulit terasa gatal
  3. Sakit tekak
  4. Sakit mata seperti mata pedih atau mata merah
  5. Kesukaran bernafas
  6. Hidung tersumbat
  7. Selesema
  8. Asma
  9. Gangguan hormon *
  10. Radang paru-paru *
  11. Sakit jantung *
  12. Bronkitis *

*  tahap kronik

Segera dapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti di atas.

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Ketika Jerebu

langkah-penjagaan-semasa-jerebu

Jom bebaskan diri kita dari serangan jangkitan akibat bawaan jerebu. Jika inginkan konsultasi eksklusif mengenai Shaklee, sila hubungi saya dengan segera.

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

5 Cara Mengatasi Masalah Lupa Terutama Di Usia Muda

Pernah dengar tak orang tua-tua cakap terutama kaum ibu, jika kerap melalui proses bersalin potensi untuk lupa adalah lebih tinggi kerana urat telah banyak terputus semasa proses kelahiran tersebut. Betul ke tanggapan begitu?

5 cara mengatasi masalah lupa di usia muda

Penyakit lupa ni sebenarnya tidak kira peringkat umur samada wanita, lelaki, malah kanak-kanak pun ada cuma bezanya adakah sifat lupa itu teruk atau tidak. Tapi normal ke jika asyik terlupa je?

Pernah tak ibu-ibu alami situasi macam ni :-

Situasi 1 – Eh! mana pula kacamata ni, tadi letak sini.

Situasi 2 –  Alamak! periuk nasi tadi dah tekan ke belum, adoi kang nanti tak masak plak nasi tu.

Situasi 3 – Seterika baju tadi dah tutup ke belum eks?

Yang paling tak tahan ada yang terlupa nak makan, hihi..yang ni memang teruk dah tu.. Jom kita lihat apa yang boleh membantu untuk kurangkan masalah lupa ni.

1. Membuat perancang awal – Sebaiknya pastikan yang mana satu tugas utama dan fokus sekurang-kurangnya 8 saat sebelum meneruskan ke tugasan yang seterusnya. Otak akan membantu anda menyimpan seketika memori yang anda fokus itu agar kita tidak mudah keliru.

2. Makan kismis dan kekacang – makanan ini memang terbukti dapat membantu daya ingatan terutama untuk proses hafalan.

3. Membaca Al-Quran dan selalu berzikir – Al Quran adalah sumber pelengkap kehidupan umat Islam dan dengan mengingati Allah selalu dengan berzikir dan berselawat ke atas Nabi S.A.W akan membuatkan hati kita tenang dan sangat mudah untuk kita mengingat sesuatu.

4. Mengulang atau sebut dengan nada kuat – dengan cara ini mesej dapat dihantar ke otak dengan lebih baik di mana ia sangat membantu memori kita untuk lebih fokus.

5. Mengikut saranan Roger Barnett, 3 perkara yang sangat penting untuk membantu mereka yang sering terlupa antaranya :

  • Melakukan senaman
  • Tidur yang cukup
  • Mengambil nutrisi tambahan

Menurut kajian Shaklee gabungan antara Lecithin dan OmegaGuard boleh membantu perkembangan fungsi otak dan menguatkan memori serta daya fokus, sangat baik untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Selain itu, bonus juga untuk sesiapa yang mengambil secara konsisten 2 produk ini kerana ia membantu dalam proses penurunan berat badan dan mencapai berat badan ideal. Jadi, 2 dalam 1 la ni…best kan.

cara atasi masalah lupa di usia mudaLecithin 180 biji RM 52.50

cara atasi masalah pelupa di usia muda

OmegaGuard 90 biji RM 136.00

Jom layan video ni dulu 🙂

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda, sesiapa yang berdekatan atau yang di sekitar Puchong boleh dapatkan melalui COD ke tempat anda. Sebarang pertanyaan seperti pembelian Shaklee, join ahli atau konsultasi eksklusif secara PERCUMA boleh hubungi saya segera…

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Sakit Kepala Hilang Tanpa Ubat Hanya Dengan Suplemen Semulajadi

Pengalaman melihat sendiri kawan yang sering sakit kepala sangatlah merisaukan. Apabila sakitnya menyerang, dia akan memilih untuk berehat dan tidur di dalam bilik yang gelap dan tidak terlalu bising. Kebiasaannya kawan saya ni akan mengambil pil penahan sakit atau penadol untuk melegakan kesakitan. Bayangkan lah setiap bulan dia akan bergantung kepada ubat-ubatan yang ternyata akan memberi kesan yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

sakit kepala hilang tanpa ubat hanya dengan suplemen semulajadi

Banyak faktor terjadi nya serangan sakit kepala antaranya berpunca daripada faktor tekanan, sinus dan migrain. Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh mencetuskan rasa sakit kepala. Selain daripada faktor keturunan, kekurangan zat dan nutrisi tertentu juga mendorong sakit kepala berterusan.

 

Sakit Kepala Menyerang Di kawasan Zon Merah
Sakit Kepala Menyerang Di kawasan Zon Merah

Selain bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang berunsurkan dadah terkawal seperti ubat sumatripan atau ubat ergotamine melalui suntikan atau di telan, memilih alternatif seperti suplemen semulaladi atau petua yang berasaskan bahan semulajadi adalah pilihan yang terbaik.

Mengambil suplemen adalah alternatif terbaik menggantikan ubat-ubatan kerana suplemen diperbuat daripada ekstrak makanan yang membekalkan zat dan nutrisi yang lengkap untuk keperluan tubuh.

Cara terbaik untuk mengelak migrain ialah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, melakukan rawatan spa, berurut, melakukan senaman aerobik, atau lain-lain.

sakit kepala hilang tanpa ubat dan doa
Jom amalkan doa untuk kurangkan sakit kepala

Selain itu, pengambilan makanan tambahan seperti B-Complex banyak membantu dalam mengurangkan risiko serangan sakit kepala dengan tiba-tiba akibat migrain, ini kerana di dalam B Complex terkandung vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin B6 (Pyridoxine) di mana ia bertanggungjawab terhadap mood dan emosi seseorang dalam membantu tubuh mengawal penghasilan hormon stress. Selain itu, B-Complex juga bantu mencegah depresi dan strok.

Untuk lebih efisien penyerapan vitamin ke dalam tubuh, pengambilan bersama Ostematrix amat digalakkan kerana di dalam Ostematrix itu sendiri terkandung kalsium, magnesium dan vitamin D. Magnesium amat penting untuk membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi tegang dan ia merupakan salah satu punca tercetusnya migrain.

Terdapat ujian yang dilakukan ke atas magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan rasa sakit kepala akibat migrain. Manakala vitamin D pula membantu penyerapan kalsium kerana tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap dengan baik dan ia boleh menyebabkan risiko terbentuknya batu karang.

Pada saya, amalan pengambilan vitamin atau suplemen ni sebenarnya untuk mencegah sebelum sakit kepala ini menyerang kerana apabila sakit itu datang ia bukan lah boleh di tahan-tahan sakitnya.. Tetapi jika sudah terlalu kronik, nasihat saya segera lah berjumpa dengan Doktor ye.. 🙂

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda, sesiapa yang berdekatan atau yang di sekitar Puchong boleh dapatkan melalui COD ke tempat anda. Sebarang pertanyaan seperti pembelian Shaklee, join ahli atau konsultasi eksklusif secara PERCUMA dari saya boleh hubungi segera…

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

5 Tanda Migrain Yang Perlu Anda Tahu dan Beri Perhatian

Sakit kepala sebenarnya tidak mengenal usia, biasanya ia bermula dari usia kanak-kanak atau remaja, sekarang pun sudah ramai yang mengalami sakit kepala seawal usia belasan tahun. Agak merisaukan juga ye. Kalau tiba-tiba je terasa kepala berdenyut dan sakit, semua benda tak boleh buat. Habis hilang fokus dan penyelesaiannya hanya terbaring menahan kesakitan dalam masa 4-72 jam untuk kembali sembuh.

5-tanda-migrain-yang perlu-anda -tahu-dan-ambil-perhatian

Tanda- Tanda Migrain

  1. Rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata, tekak terasa loya dan sesetengahnya akan terasa sejuk pada tangan dan kaki.
  2. Sakit kepala yang teruk apabila tiba waktu haid, sesetengah wanita akan mengalami masalah sebegini.
  3. Pening dan tidak selesa pada perut dan tekak sehingga terasa ingin muntah.
  4. Mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja seperti di cucuk-cucuk.
  5. Mengalami perubahan perasaan seperti mudah marah, murung dan berasa letih serta selera makan akan sedikit terganggu beberapa hari sebelum sakit kepala menyerang, perasaan ini kebiasaannya tidak begitu ketara.

Darah yang tidak lancar atau tersekat sampai ke otak akan menyebabkan sakit kepala yang teruk. Punca-punca tercetusnya gejala sakit kepala atau migrain ini adalah seperti :-

  1. Terdedah kepada asap rokok
  2. Waktu tidur yang tidak teratur
  3. Terdedah kepada persekitaran bunyi yang kuat dan bising
  4. Bau-bauan yang terlalu kuat
  5. Keadaan lampu yang terlalu terang
  6. Kesan alahan seseorang
  7. Mengambil makanan secara berlebihan seperti coklat, keju, kopi, jeruk atau makanan yang diperap
  8. Sering menahan lapar.
  9. Mengambil ubat-ubatan seperti ubat perancang keluarga, sesetengah ubat tidur dan menjalani rawatan hormon

Jika sakit yang teramat di kepala dan kerap, seeloknya segera lah merujuk kepada Doktor dan membuat diagnosa yang betul seperti ujian pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) untuk mengetahui tahap kesihatan kita samada normal atau sebaliknya bagi memastikan tiada punca sakit kepala yang lebih serius. Untuk mengetahui lebih lanjut cara mengurangkan rasa sakit kepala tanpa pil penahan sakit atau penadol ketika sakit menyerang, boleh merujuk di sini Sakit Kepala Hilang Tanpa Penadol Hanya Dengan Suplemen Semulajadi

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Salam sayang dari momcantik.

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |