5 Tanda Migrain Yang Perlu Anda Tahu dan Beri Perhatian

Sakit kepala sebenarnya tidak mengenal usia, biasanya ia bermula dari usia kanak-kanak atau remaja, sekarang pun sudah ramai yang mengalami sakit kepala seawal usia belasan tahun. Agak merisaukan juga ye. Kalau tiba-tiba je terasa kepala berdenyut dan sakit, semua benda tak boleh buat. Habis hilang fokus dan penyelesaiannya hanya terbaring menahan kesakitan dalam masa 4-72 jam untuk kembali sembuh.

5-tanda-migrain-yang perlu-anda -tahu-dan-ambil-perhatian

Tanda- Tanda Migrain

  1. Rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata, tekak terasa loya dan sesetengahnya akan terasa sejuk pada tangan dan kaki.
  2. Sakit kepala yang teruk apabila tiba waktu haid, sesetengah wanita akan mengalami masalah sebegini.
  3. Pening dan tidak selesa pada perut dan tekak sehingga terasa ingin muntah.
  4. Mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja seperti di cucuk-cucuk.
  5. Mengalami perubahan perasaan seperti mudah marah, murung dan berasa letih serta selera makan akan sedikit terganggu beberapa hari sebelum sakit kepala menyerang, perasaan ini kebiasaannya tidak begitu ketara.

Darah yang tidak lancar atau tersekat sampai ke otak akan menyebabkan sakit kepala yang teruk. Punca-punca tercetusnya gejala sakit kepala atau migrain ini adalah seperti :-

  1. Terdedah kepada asap rokok
  2. Waktu tidur yang tidak teratur
  3. Terdedah kepada persekitaran bunyi yang kuat dan bising
  4. Bau-bauan yang terlalu kuat
  5. Keadaan lampu yang terlalu terang
  6. Kesan alahan seseorang
  7. Mengambil makanan secara berlebihan seperti coklat, keju, kopi, jeruk atau makanan yang diperap
  8. Sering menahan lapar.
  9. Mengambil ubat-ubatan seperti ubat perancang keluarga, sesetengah ubat tidur dan menjalani rawatan hormon

Jika sakit yang teramat di kepala dan kerap, seeloknya segera lah merujuk kepada Doktor dan membuat diagnosa yang betul seperti ujian pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) untuk mengetahui tahap kesihatan kita samada normal atau sebaliknya bagi memastikan tiada punca sakit kepala yang lebih serius. Untuk mengetahui lebih lanjut cara mengurangkan rasa sakit kepala tanpa pil penahan sakit atau penadol ketika sakit menyerang, boleh merujuk di sini Sakit Kepala Hilang Tanpa Penadol Hanya Dengan Suplemen Semulajadi

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Salam sayang dari momcantik.

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s