8 Barang Wajib Ada Dalam Senarai Ibu Menyusu Bayi

Ramai ibu terutama ibu muda telah ramai membuat keputusan memilih untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Dengan adanya pengetahuan dan barang yang di khaskan untuk membantu menjayakan proses penyusuan, ini ternyata banyak membantu.

Antaranya ialah :-

1. Pam

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-1

Sangat di syorkan untuk membantu pengeluaran susu terutama di saat susu merudum atau susu banyak. Sejujurnya memerah susu menggunakan tangan mengambil masa yang lama untuk di kosongkan dan saya cepat merasa lenguh terutama tangan dan sakit belakang. Pam pilihan saya ialah Pam Medela Freestyle kerana ia sangat praktikal dan cepat.

2. Botol Susu

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-3

Botol BPA Free (5 oz) banyak pilihan jenama di pasaran. Untuk menjimatkan ruang lebih sesuai menggunakan plastik khas untuk EBM.

3. Nursing Cover

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-6

Memudahkan ibu untuk menyusu bayi apabila berada di tempat awam. Tapi jika ke shopping complex / hospital kebanyakkan ruang khas menyusu banyak disediakan.

4. Breast Pad

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-2

Membantu ibu-ibu terutama yang banyak susu supaya tiada kesan basah pada baju. Breast pad ni ada 2 jenis iaitu yang boleh di basuh dan dipakai buang.

5. Reuseable ice pack & chill bag

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-4

Ibarat seperti peti sejuk bergerak. Sangat membantu untuk menyimpan susu perahan supaya tidak rosak dan tahan lama. Banyak pilihan di pasaran dengan rekaan dan warna yang menarik dan boleh buatkan saya rambang mata untuk buat pilihan.

6.Sterilizer & Warmer

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-7

Fungsi sterilizer untuk menjaga kebersihan botol, puting dan alatan pam. Basuh bersih botol dan puting, masukkan di dalam bekas dan tekan on dalam masa 8 minit dah siap. Ada juga yang gunakan cara merebus botol. Pun tak ada masalah. Fungsi warmer pula untuk panaskan EBM atau makanan bayi. Ada 3 setting untuk warmer, 40 darjah celcius untuk susu, 70 darjah celcius untuk makanan dan 100 darjah celcius untuk sterile. EBM perlu dipanaskan di antara 10-15minit pada suhu 40 darjah celcius dan perlu diberikan kepada bayi secepat mungkin untuk elak zat dan nutrien susu hilang.

7. Nursing Bra

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-5

Sangat penting pada saya nursing bra ni dan sangat selesa apabila menyusukan baby. Banyak juga pilihan jenama di pasaran. Pilihan saya antaranya Autumnz nursing bra. Boleh di beli secara online di http://www.autumnz.com

8. Baju Menyusu

barang-wajib-ada-ibu-menyusu-8

Baju menyusu juga penting pada saya kerana ia direka khas untuk memudahkan ibu-ibu menyusu terutama apabila kita berasa di tempat awam.

Semoga perkongsian ini boleh membantu ibu-ibu untuk menyusukan bayi dengan selesa.

Semoga bermanfaat 🙂

Salam sayang dari momcantik

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s