5 Tips Amalan Ibu Mengandung Untuk Persediaan Awal Menyusu

Persediaan untuk menyusu baby telah saya rancang semenjak di awal kehamilan lagi. Amalan ibu mengandung, pada saya sangat penting dan banyak membantu saya lebih bersemangat untuk menyusu sehingga usia baby 2 tahun. Ini kerana saya tahu proses penyusuan tidak semudah yang disangkakan. Banyak cabaran yang perlu dilalui dan saya juga percaya dengan amalan semasa mengandung ini banyak membantu persediaan penyusuan nanti.

tips-amalan-ibu-hamil-untuk-menyusu

5 Tips Amalan Ibu Mengandung Untuk Persediaan Awal Mengusu 

1. Reset Minda

Ubah minda dan tanam dalam hati setiap hari ketika bayi masih belum lahir lagi bahawa susu pasti akan cukup sehingga 2 tahun lengkap usianya. Aku pasti boleh. Ulang setiap hari ayat ini.

2. Mengamalkan Surah Al-Hujurat

Surah ini elok diamalkan untuk memperbanyakkan pengeluaran susu ibu dan supaya anak mempunyai sifat berhati-hati apabila dilahirkan nanti.

3. Urutan Payudara

Urutan payudara ini biasanya boleh dilakukan seawal usia kehamilan 6-7 bulan keatas untuk mengurangkan rasa kurang selesa di sekitar payudara dan membantu saluran susu menjadi lebih lembut dan longgar.

4. Pemakanan Seimbang

Penjagaan dari segi pemakanan ketika hamil sangat penting untuk perkembangan bayi di dalam kandungan dan kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Selain mengambil nasi, lauk pauk, kurma, buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya juga mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi semasa hamil. Vitamin ini banyak membantu saya kekal bertenaga sepanjang hari. Doktor juga menyarankan supaya mengambil vitamin setiap hari sepanjang tempoh kehamilan untuk membantu mengisi nutrisi yang lompong di dalam sajian harian. Vitamin ini juga penting untuk tumbesaran baby di tahap yang optimum.

5. Ilmu penyusuan

Berkongsi ilmu dengan keluarga terdekat terutama suami supaya dia turut memahami dan sama-sama memberi sokongan untuk menjayakan misi penyusuan ini. Antaranya dengan berkongsi artikel-artikel yang dibaca atau ilmu-ilmu yang di dengar. Selain keluarga terdekat seperti ibu, rakan-rakan juga perlu untuk kita kongsikan ilmu-ilmu penyusuan ini supaya pemahaman tentang penyusuan ini akan lebih jelas.

Semoga tips amalan ini membantu ibu-ibu melalui detik-detik penyusuan dengan baik dan lebih mudah. Semoga kita sama-sama berjaya memulakan penyusuan ini dan dapat menyusu sehingga usia baby lengkap 2 tahun.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s