6 Tips Penting Agar Nutrisi Ibu Hamil Lengkap Sepanjang Kehamilan

Nutrisi yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan banyak membantu perkembangan janin dan dapat mengelak sebarang masalah kesihatan terutama di awal pembentukan janin yang sedang membesar. Ia juga membantu ibu hamil kekal bertenaga terutama sepanjang tempoh awal kehamilan dan dapat kekalkan tahap kesihatan dengan baik.

6-Tips-Nutrisi-Ibu-Hamil

6 Nutrisi Penting Sepanjang Kehamilan Yang Perlu Untuk Ibu Hamil 

1. Sumber Protein

Protein membantu penghasilan sel baru, keseimbangan hormon dan enzim dalam badan. Setiap ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 60 gram sehari. Protein boleh didapati dari kekacang, daging merah, tempe dan tauhu.

2. Kalsium

Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi janin. Pengambilan kalsium yang cukup sangat penting untuk ibu hamil elak risiko osteoporosis dan sakit lutut yang biasa di alami oleh warga emas.  Jika kalsium tidak mengcukupi di dalam badan ibu, janin akan mengambil sumber kalsium dari tulang ibunya. Kalsium boleh di dapati dari sayuran hijau dan susu.

3. Asid Folik

Asid folik sangat penting terutama di awal kehamilan kerana janin sangat memerlukan tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram sehari untuk membantu pembentukan sel dan sistem sarafnya. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan perkembangan janin terbantut dan tidak sempurna seperti mengalami bibir sumbing, lahir tanpa tempurung kepala dan masalah spina bifida. Asid folik boleh didapati dari beras merah, buah-buahan dan sayuran hijau.

4. Zat Besi

Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg sehari diperlukan oleh ibu hamil. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan risiko anemia dan mengelak dari masalah hemoglobin rendah (hb rendah). Zat besi boleh didapati dari daging, hati dan sayuran hijau seperti bayam.

5. Vitamin C

Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Penting juga untuk kesihatan gusi serta membantu penyerapan zat besi dengan baik. Selain itu melindungi badan dari serangan radikal bebas yang boleh mengganggu sistem organ badan.

6. Minyak Ikan

Minyak ikan merupakan asid lemak omega-3 yang mengandungi DHA, EPA, dan ALA yang mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan perkembangan fungsi-fungsi otak, membantu perkembangan sistem saraf bayi dan perkembangan mata.

Sangat penting untuk ibu hamil mengambil berat tentang kepentingan nutrisi sepanjang kehamilan. Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan terjadinya  gejala anemia, kaki bengkak, kejang kaki (cramp), gusi berdarah dan sakit belakang. Tapi yang lebih teruk boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang dan kematian janin. Jadi amatlah penting pengambilan nutrisi yang lengkap sepanjang kehamilan untuk ibu hamil.

Pengalaman saya sepanjang tempoh kehamilan, saya mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi. Ia memang banyak membantu saya kekal cergas dan sihat, yang paling penting perkembangan baby pun alhamdulillah sangat baik 😉

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Salam sayang dari momcantik 🙂

 

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s