Tips Minum Air Banyak Elak Dehidrasi Di Bulan Puasa

minum air banyak

Pengambilan air yang mencukupi sewaktu berpuasa terutama bagi ibu-ibu menyusu adalah sangat penting untuk menggantikan semula susu yang keluar semasa proses penyusuan. Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari perlu untuk elak dehidrasi dan susu tidak merudum. Jadi bagaimana cara untuk pastikan badan kita sentiasa dapat air yang secukupnya.

Perlu diingat pengambilan air berlebihan juga tidak baik untuk sistem dalaman kita. Jom saya kongsikan cara untuk tentukan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh.

Sebagai contoh berat anda ialah 50kg @110.23 lb

Formula :
2/3 daripada berat badan dalam unit (Pounds, lb) = berapa jumlah air yang diperlukan (dalam unit Ounce, oz)
  1. Tukarkan unit kg kepada pounds : 50kg = 110.23 lb
  2. Darab (jumlah pound) dengan 2/3 : 110.23 x 2/3 = 73.49 oz
  3. Tukarkan unit oz kepada liter : 73.49 oz = 2.2L
Untuk berat badan 50kg sebanyak 2.2L air sehari sekurang-kurangnya perlu di minum.
Jika anda tercari-cari masa yang sesuai untuk lengkapkan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jom lihat panduan seperti di bawah.

Tips minum air banyak  8 gelas air

  • 1 gelas selepas bangun untuk bersahur
  • 1 gelas selepas makan masa bersahur
  • 1 gelas selepas berbuka dengan hidangan ringan
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan hidangan berat
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawih
  • 1 gelas sebelum masuk tidur

Dengan adanya panduan seperti ini, banyak membantu saya minum secara konsisten mengikut masa seperti di atas. Jika dulu asyik terlupa saja, kadang -kadang terlupa nak minum dan kadang-kadang terlupa dah berapa gelas dah minum. Pernah tak jadi macam saya?

Selain mengambil air kosong yang cukup, saya juga ambil suplemen untuk kekal bertenaga supaya susu tidak merudum dan badan tidak mudah letih.

Semoga panduan di atas boleh membantu anda untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tanpa culas. :-).

Salam sayang dari momcantik

Selamat Berpuasa!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s