6 Tips Tambah Susu Badan Ibu Pantang Untuk Elak Bayi Meragam

Teringat detik-detik kelahiran baby Aireen pada 14 May 2015, selepas je baby keluar, doktor terus letakkan baby di dada. Alhamdulillah, nikmatnya perasan itu. Syukur!. Sebenarnya niat untuk susukan baby genap 2 tahun sejak mengandung lagi. Biasanya di waktu lapang, saya akan google mencari tips tambah susu badan ibu pantang sebagai persediaan dan menambah ilmu penyusuan saya. In syaa allah semoga perjalanan ni di permudahkan oleh-Nya

Tips Tambah Susu Badan Ibu Pantang

Pengalaman dulu membuatkan saya lebih bersedia untuk menyusukan baby Aireen. Susu badan pada hari pertama dan kedua taklah banyak. Tapi saya nekad untuk terus menyusukannya kerana yakin dan percaya baby Aireen akan dapat khasiat susu awal ibu atau kolostrum. Antibodi yang ada dalam kolostrum sangat penting untuk daya tahan badannya. Pada hari ketiga, alhamdulilah susu semakin bertambah. Semasa anak pertama dulu, saya ingatkan susu tak keluar terutama pada hari pertama dan kedua. Ceteknya ilmu penyusuan saya.

Ibu berpantang yang menyusukan bayi sangat memerlukan pemakanan yang seimbang. Kekurangan rehat dan diet yang tidak seimbang akan menjejaskan pengeluaran susu ibu. Terdapat tips tambah susu badan ibu pantang yang boleh di kongsikan bersama.

1. Niat dan sentiasa berdoa semoga di beri kekuatan mental dan fizikal untuk meneruskan penyusuan sehingga genap 2 tahun

2. Menyusu dengan kerap dan pastikan kedua-dua belah payudara kosong sepenuhnya apabila selesai menyusu.

3. Elak menggunakan puting tiruan dan botol supaya bayi tidak keliru.

4. Periksa Ubat yang diambil seperti pil perancang atau ubatan lain. Seeloknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk pengambilan sebarang ubat.

5. Diet yang sihat dengan protein yang tinggi dan berserat

6. Menyediakan kelengkapan menyusu seperti pam menyusu dan mengambil suplemen tambahan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Emosi yang stabil dan sentiasa berfikiran positif sangat membantu pengeluaran susu ibu. Pengambilan air kosong yang mencukupi sekurang-kurang 2L sehari juga sangat penting.

Selain itu, saya juga mengamalkan suplimen tambahan untuk tambah susu badan untuk elak susu merudum dan untuk kecergasan badan kerana kekurangan waktu rehat dan kurang tidur. Jom tengok perkongsian hebat Pn. Farah bagaimana beliau berusaha tambah susu badan untuk anaknya yang tersayang 🙂

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Salam Sayang dari momcantik

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan suplemen mengikut keperluan anda 🙂

Your Trusted Distributor

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s