5 Tips Kenali Susu Ibu Cukup Bagi Bayi Baru Lahir

Lumrah setiap ibu pasti akan risau, cukup ke kuantiti susu yang si kecil minum ni terutama di awal usianya atau semasa tempoh berpantang, sebab susu ibu yang di minum sudah semestinya kita tak dapat lihat kerana ia terus masuk ke dalam mulut bayi.

Jadi kerisauaan ini juga yang selalu bermain di fikiran saya. Stress juga kan kalau bayi asyik menangis je seperti masih tercari-cari susu, rasanya dah menyusu lama sampai terasa lenguh-lenguh belakang.

Jom saya kongsikan 5 tips kenali susu ibu cukup bagi bayi baru lahir terutama di awal usia sehingga 6 minggu pertama. In syaa allah 🙂

5 Tips Kenali Susu Ibu Cukup Bagi Bayi Baru Lahir Sihat

1. Bayi membuang air kecil dan air besar dengan kerap setiap hari

Pengalaman sendiri, di awal minggu kelahiran terutama selepas 3 hari pertama bayi akan banyak membuang air kecil dan air besar (najis berwarna kekuningan).  Dalam tempoh 24 jam, kebiasaan 7-10 lampin pakai buang di tukar, ini adalah salah satu tanda yang baik.

Kelebihan susu ibu adalah ia mudah di hadam, susu ibu selesai dicerna setiap 2 jam dan tidak mustahil bayi akan kerap membuang. Bayi yang kerap membuang juga risiko untuk mendapat jaundis adalah sangat rendah.

Jom kenali saiz dan keperluan perut bayi kita, jika hari pertama dan kedua ibu-ibu rasa macam tak ada susu tu sebenarnya ada dan ia cukup untuk bayi kita. In syaa allah 🙂

Saiz Perut Bayi Mengikut Usia
Saiz Perut Bayi Mengikut Usia

2. Bayi tidur lena dan kelihatan puas setiap kali selesai minum susu

Kebanyakan bayi baru lahir mempunyai rutin yang tetap untuk bangun menyusu. Kebiasaan bayi akan terjaga dari tidur setiap 2-3 jam sekali dalam tempoh 24 jam untuk sesi penyusuan seterusnya . Bayi yang dapat menyusu dengan baik biasanya akan tidur lena dan kurang meragam.

” Di awal usia – 6 minggu pertama jumlah jam bayi tidur sehari adalah di antara 14- 18 jam iaitu tempoh tidur nya antara 15 minit – 4 jam ” .

3. Perkembangan bayi sejajar dengan usianya

Cara saya untuk mengelakkan diri rasa tertekan, saya akan luangkan masa untuk menambah ilmu dengan membaca dan mencari maklumat yang berkaitan mengenai bayi atau bertukar pendapat dengan ibu-ibu lain tentang perkembangan bayi melalui kumpulan-kumpulan sokongan atau forum serta merujuk kepada pakar laktasi yang berdekatan.

4. Periksa berat bayi secara berkala sama ada di klinik/hospital

Kebiasaan selepas kelahiran, bayi akan kehilangan sedikit berat badan. Ini adalah normal. Selepas 2 minggu pertambahan berat bayi  akan bertambah di antara 200 – 250gm. Baby Aireen semasa usia sebulan beratnya bertambah dalam 1kg dan Doktor bagitau beratnya berada di dalam range normal. Alhamdulillah.

5. Selepas sesi menyusu payudara terasa ringan

Kebiasaan selepas menyusu, payudara akan terasa ringan dan lembut. Ini menandakan bayi menyusu dengan baik.

Jika tanda-tanda di atas tiada pada bayi anda, jangan risau. Setiap bayi ada rentaknya yang tersendiri dan tidak sama dengan bayi yang lain.

Jangan lupa untuk sentiasa berfikiran positif dengan mengamalkan zikir, meluangkan masa dengan membaca al-Quran, minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan tidak putus asa berdoa kepada Allah.

Salam sayang 🙂

Ingin tahu milkbooster terbaik saya, sila rujuk di sini

Your Trusted Distributor – Hadyla Rose

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s