tips-cegah-penyakit-akibat-jerebu

8 Tips Menghadapi Cuaca Panas Semasa Jerebu

Assalamualaikum..

Jerebu adalah satu fenomena yang mengandungi partikel-partikel yang sangat kecil yang tidak boleh di lihat oleh mata kasar serta boleh membawa bahan toksik di udara seperti gas, bahan kimia, debu dan habuk yang  dapat masuk ke dalam sistem pernafasan iaitu menerusi peparu dan diserap oleh darah.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak di udara ia akan menghalang pancaran matahari ke bumi dan mengurangkan jarak penglihatan kita.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) :-

bacaan-IPU-untuk-pantauan-jerebu

Ikuti Nasihat Berikut Untuk Cegah Penyakit Akibat Jerebu :-

  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang disarankan.
  • Penutup hidung hendaklah digunakan terutama kumpulan yang berisiko tinggi semasa mereka berada di luar bangunan atau berada di persekitaran yang berhabuk seperti penunggang motosikal atau pejalan kaki.
  • Mereka yang mengalami batuk, asma, selesema, sakit mata, penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung hendaklah segera ke klinik jika penyakit bertambah teruk.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan bacaan kualiti udara, IPU melebihi 100 iaitu keadaan udara tidak sihat.
  • Aktiviti sukan di luar rumah perlu dikurangkan
  • Kerap membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Tambah pengambilan vitamin seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E untuk tingkatkan sistem imun badan.

Apakah Kesan Jerebu Ke Atas Kesihatan Serta Memburukkan Lagi Keadaan Pesakit Kronik Yang Mereka Hidapi ?

  1. Batuk
  2. Kulit terasa gatal
  3. Sakit tekak
  4. Sakit mata seperti mata pedih atau mata merah
  5. Kesukaran bernafas
  6. Hidung tersumbat
  7. Selesema
  8. Asma
  9. Gangguan hormon *
  10. Radang paru-paru *
  11. Sakit jantung *
  12. Bronkitis *

*  tahap kronik

Segera dapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti di atas.

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Ketika Jerebu

langkah-penjagaan-semasa-jerebu

Jom bebaskan diri kita dari serangan jangkitan akibat bawaan jerebu. Jika inginkan konsultasi eksklusif mengenai Shaklee, sila hubungi saya dengan segera.

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

bercuti- di-bangkok-percuma-2016

Rebut Peluang Percutian Ke Bangkok, Thailand 4H3M 2016 Secara Percuma

Assalamualaikum…

Best kan dapat pergi melancong di tempat orang. Lihat dan rasai sendiri pengalaman tu..tapi lagi best kalau ada orang nak belanja PAKEJ PERCUTIAN KE BANGKOK 4 HARI 3 MALAM PERCUMA.. Semua benda di tanggung beres.hehe. Layanan tip top bertaraf 5 bintang gitu.., hanya bawa badan je ni. Syok kan..

bercuti- di-bangkok-percuma-2016Beza yang ditanggung free ni, macam-macam free…Antaranya :

  1. FREE Penginapan, hotel yang sangat-sangat selesa dan sudah semestinya yang terbaik
  2. FREE Tambang flight, tak payah dah nak survey-survey harga murah lagi🙂 luggage pun pihak Shaklee tolong uruskan.
  3. FREE makan, antaranya ‘Fabulous Gala Dinner”, layanan makanan ‘course by course’ yang pasti tak menghampakan…
  4. Duit poket, ni part yang paling best…hihi. boleh shopping.
  5. Trip selama 4 hari 3 malam plak tu..syoknya!
  6. Agak-agak dah dapat jimat berapa yer kalau pergi sendiri ke Bangkok termasuk semua tu,..mungkin sekitar RM2,000 atau lebih kan?

Satu lagi, tak payah pening-pening kepala nak survey-survey bagai, nak fikir mana yang sesuai dengan bajet kita..ingat lagi dulu masa nak ke Hong Kong..antara senarai persediaan yang kena buat beberapa bulan sebelum ke sana punya la lama, antaranya kena survey macam-macam :

  1. Survey tambang flight ( tang ni hari-hari gigih cari yang offer paling best, paling murah, nak naik flight apa murah.. fuhhh!)
  2. Survey tempat yang best dan popular untuk pelancong ( yang ni pun dok tropong blog blog berkaitan)
  3. Survey tempat makanan halal ( pun sama gigih mencari info restoran mana yang halal dan murah, dekat..,makan pun ala kadar je janji…dapat jejalan kat tempat orang)
  4. Survey hotel penginapan ( pasti yang selesa dan murah, janji cukup fasiliti sudah..hihi)
  5. Survey tempat shopping untuk membeli belah
  6. Survey jenis pengangkutan yang ditawarkan di sana ( nak jimat kos)
  7. Duit belanja untuk shopping (ni part paling best & penting🙂, makan berbulan kumpul..balik senget bahu…hahaha)

Kalau tak berkira, tak dapat la nak merasa keluar melancong..hihi..saya la tu🙂

Jom layan preview percutian ke Bangkok ni dulu. Ambil feel dulu….Seronok dan teruja sangat! Ulang tengok banyak-banyak kali pun rasa tak jemu….

Peluang ni hanya datang sekali je seumur hidup. Rugi jika lepas kan peluang ni. Trip ni terbuka kepada SEMUA termasuk anda yang bukan ahli pun masih layak untuk turut serta.

Ia memang di KHAS kan untuk semua pengedar yang layak terutama yang masih baru berjinak dengan dunia perniagaan Shaklee.

Jom rebut peluang ni jika anda belum ahli cepat-cepat daftar sebagai ahli untuk melayakkan anda merebut peluang percutian percuma ini sambil berpeluang menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.

Berminat? Whatsapp segera  | SMS | Call | 012.3398734

 

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

5 cara mengatasi masalah lupa di usia muda

5 Cara Mengatasi Masalah Lupa Terutama Di Usia Muda

Pernah dengar tak orang tua-tua cakap terutama kaum ibu, jika kerap melalui proses bersalin potensi untuk lupa adalah lebih tinggi kerana urat telah banyak terputus semasa proses kelahiran tersebut. Betul ke tanggapan begitu?

5 cara mengatasi masalah lupa di usia muda

Penyakit lupa ni sebenarnya tidak kira peringkat umur samada wanita, lelaki, malah kanak-kanak pun ada cuma bezanya adakah sifat lupa itu teruk atau tidak. Tapi normal ke jika asyik terlupa je?

Pernah tak ibu-ibu alami situasi macam ni :-

Situasi 1 – Eh! mana pula kacamata ni, tadi letak sini.

Situasi 2 –  Alamak! periuk nasi tadi dah tekan ke belum, adoi kang nanti tak masak plak nasi tu.

Situasi 3 – Seterika baju tadi dah tutup ke belum eks?

Yang paling tak tahan ada yang terlupa nak makan, hihi..yang ni memang teruk dah tu.. Jom kita lihat apa yang boleh membantu untuk kurangkan masalah lupa ni.

1. Membuat perancang awal – Sebaiknya pastikan yang mana satu tugas utama dan fokus sekurang-kurangnya 8 saat sebelum meneruskan ke tugasan yang seterusnya. Otak akan membantu anda menyimpan seketika memori yang anda fokus itu agar kita tidak mudah keliru.

2. Makan kismis dan kekacang – makanan ini memang terbukti dapat membantu daya ingatan terutama untuk proses hafalan.

3. Membaca Al-Quran dan selalu berzikir – Al Quran adalah sumber pelengkap kehidupan umat Islam dan dengan mengingati Allah selalu dengan berzikir dan berselawat ke atas Nabi S.A.W akan membuatkan hati kita tenang dan sangat mudah untuk kita mengingat sesuatu.

4. Mengulang atau sebut dengan nada kuat – dengan cara ini mesej dapat dihantar ke otak dengan lebih baik di mana ia sangat membantu memori kita untuk lebih fokus.

5. Mengikut saranan Roger Barnett, 3 perkara yang sangat penting untuk membantu mereka yang sering terlupa antaranya :

  • Melakukan senaman
  • Tidur yang cukup
  • Mengambil nutrisi tambahan

Menurut kajian Shaklee gabungan antara Lecithin dan OmegaGuard boleh membantu perkembangan fungsi otak dan menguatkan memori serta daya fokus, sangat baik untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Selain itu, bonus juga untuk sesiapa yang mengambil secara konsisten 2 produk ini kerana ia membantu dalam proses penurunan berat badan dan mencapai berat badan ideal. Jadi, 2 dalam 1 la ni…best kan.

cara atasi masalah lupa di usia mudaLecithin 180 biji RM 52.50

cara atasi masalah pelupa di usia muda

OmegaGuard 90 biji RM 136.00

Jom layan video ni dulu🙂

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda, sesiapa yang berdekatan atau yang di sekitar Puchong boleh dapatkan melalui COD ke tempat anda. Sebarang pertanyaan seperti pembelian Shaklee, join ahli atau konsultasi eksklusif secara PERCUMA boleh hubungi saya segera…

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

sakit kepala hilang tanpa ubat hanya dengan suplemen semulajadi

Sakit Kepala Hilang Tanpa Ubat Hanya Dengan Suplemen Semulajadi

Pengalaman melihat sendiri kawan yang sering sakit kepala sangatlah merisaukan. Apabila sakitnya menyerang, dia akan memilih untuk berehat dan tidur di dalam bilik yang gelap dan tidak terlalu bising. Kebiasaannya kawan saya ni akan mengambil pil penahan sakit atau penadol untuk melegakan kesakitan. Bayangkan lah setiap bulan dia akan bergantung kepada ubat-ubatan yang ternyata akan memberi kesan yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

sakit kepala hilang tanpa ubat hanya dengan suplemen semulajadi

Banyak faktor terjadi nya serangan sakit kepala antaranya berpunca daripada faktor tekanan, sinus dan migrain. Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh mencetuskan rasa sakit kepala. Selain daripada faktor keturunan, kekurangan zat dan nutrisi tertentu juga mendorong sakit kepala berterusan.

 

Sakit Kepala Menyerang Di kawasan Zon Merah
Sakit Kepala Menyerang Di kawasan Zon Merah

Selain bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang berunsurkan dadah terkawal seperti ubat sumatripan atau ubat ergotamine melalui suntikan atau di telan, memilih alternatif seperti suplemen semulaladi atau petua yang berasaskan bahan semulajadi adalah pilihan yang terbaik.

Mengambil suplemen adalah alternatif terbaik menggantikan ubat-ubatan kerana suplemen diperbuat daripada ekstrak makanan yang membekalkan zat dan nutrisi yang lengkap untuk keperluan tubuh.

Cara terbaik untuk mengelak migrain ialah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, melakukan rawatan spa, berurut, melakukan senaman aerobik, atau lain-lain.

sakit kepala hilang tanpa ubat dan doa
Jom amalkan doa untuk kurangkan sakit kepala

Selain itu, pengambilan makanan tambahan seperti B-Complex banyak membantu dalam mengurangkan risiko serangan sakit kepala dengan tiba-tiba akibat migrain, ini kerana di dalam B Complex terkandung vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin B6 (Pyridoxine) di mana ia bertanggungjawab terhadap mood dan emosi seseorang dalam membantu tubuh mengawal penghasilan hormon stress. Selain itu, B-Complex juga bantu mencegah depresi dan strok.

Untuk lebih efisien penyerapan vitamin ke dalam tubuh, pengambilan bersama Ostematrix amat digalakkan kerana di dalam Ostematrix itu sendiri terkandung kalsium, magnesium dan vitamin D. Magnesium amat penting untuk membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi tegang dan ia merupakan salah satu punca tercetusnya migrain.

Terdapat ujian yang dilakukan ke atas magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan rasa sakit kepala akibat migrain. Manakala vitamin D pula membantu penyerapan kalsium kerana tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap dengan baik dan ia boleh menyebabkan risiko terbentuknya batu karang.

Pada saya, amalan pengambilan vitamin atau suplemen ni sebenarnya untuk mencegah sebelum sakit kepala ini menyerang kerana apabila sakit itu datang ia bukan lah boleh di tahan-tahan sakitnya.. Tetapi jika sudah terlalu kronik, nasihat saya segera lah berjumpa dengan Doktor ye..🙂

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda, sesiapa yang berdekatan atau yang di sekitar Puchong boleh dapatkan melalui COD ke tempat anda. Sebarang pertanyaan seperti pembelian Shaklee, join ahli atau konsultasi eksklusif secara PERCUMA dari saya boleh hubungi segera…

Salam sayang dari momcantik 🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

Pengedar Shaklee Puchong

Pengedar Shaklee Puchong Selangor

Assalamualaikum

Saya adalah Pengedar Shaklee Puchong, Selangor dan juga pengguna tegar produk-produk Shaklee sejak tahun 2012.

Saya amalkan vitamin-vitamin Shaklee bermula dengan set hamil, alhamdulillah selepas berpuas hati dengan kesan yang positif ke atas kesihatan saya dan baby, tanpa ragu-ragu terus saya mengambil set berpantang dan set penyusuan pula.

Alhamdulillah sejak amalkan vitamin-vitamin Shaklee ni pengeluaran susu juga sangat-sangat meriah. Bersyukur sangat sebab dah tak perlu lagi susu formula, jika dulu anak yang sulung terpaksa banyak bergantung kepada susu formula ni..sedih sangat sebab masa tu pengeluaran susu cukup-cukup untuk baby saja tapi untuk buat stok bila masuk kerja agak sukar.. jauh di sudut hati meronta-ronta nak bagi sepenuhnya susu ibu…😦 sebab masa tu tak kenal lagi vitamin Shaklee ni..

Jadi dengan impak yang sangat positif pada diri sendiri, saya amat teruja untuk berkongsi dengan anda di luar sana pula tentang bestnya vitamin Shaklee ni. Sekarang saya lebih fokuskan kepada SET PENYUSUAN dari Shaklee. Jika anda berminat dan masih mencari-cari set penyusuan untuk keperluan bayi anda bolehla hubungi saya untuk penghantaran segera atau sebarang pertanyaan untuk pembelian Shaklee, join ahli atau konsultasi eksklusif secara PERCUMA dari saya iaitu pengedar Shaklee Puchong.

Pengedar Shaklee Puchong

Nama : Roshadyla Roslan

ID Shaklee : 910071

Contact No : 012-3398734 ( Whatsapp /SMS)

FB : Hadyla Rose

Perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

COD untuk kawasan Puchong, USJ dan UiTM, Shah Alam. Jom dapatkan vitamin-vitamin Shaklee secara COD antaranya seperti :-

  1. Alfalfa
  2. Advanced Joint Health Tablet
  3. B-Complex with Folic Asid
  4. Caratomax
  5. Chewable Vitamin C 100mg
  6. Collagen Powder
  7. DTX Complex
  8. ESP
  9. Garlic Complex
  10. Herb-Lax
  11. Lecitihn
  12. Meal Shakes
  13. NutriFeron
  14. Ostematrix
  15. OmegaGuard
  16. Peppermint Ginger Plus
  17. Performance Drink
  18. Sustained Released Vitamin C 500mg
  19. Vitamin E Complex
  20. Vita-lea Iron Formula
  21. Vivix
  22. Zinc Complex

Saya yakin dan terus percaya dengan Shaklee sebab ia terbukti selamat, terbukti berkesan dan yang paling penting ia selamat untuk jangka masa panjang. Pelaburan saya untuk kesihatan di hari tua. In syaa Allah dengan izin-Nya jua.

Salam sayang dari momcantik🙂

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

5-tanda-migrain-yang perlu-anda -tahu-dan-ambil-perhatian

5 Tanda Migrain Yang Perlu Anda Tahu dan Beri Perhatian

Sakit kepala sebenarnya tidak mengenal usia, biasanya ia bermula dari usia kanak-kanak atau remaja, sekarang pun sudah ramai yang mengalami sakit kepala seawal usia belasan tahun. Agak merisaukan juga ye. Kalau tiba-tiba je terasa kepala berdenyut dan sakit, semua benda tak boleh buat. Habis hilang fokus dan penyelesaiannya hanya terbaring menahan kesakitan dalam masa 4-72 jam untuk kembali sembuh.

5-tanda-migrain-yang perlu-anda -tahu-dan-ambil-perhatian

Tanda- Tanda Migrain

  1. Rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata, tekak terasa loya dan sesetengahnya akan terasa sejuk pada tangan dan kaki.
  2. Sakit kepala yang teruk apabila tiba waktu haid, sesetengah wanita akan mengalami masalah sebegini.
  3. Pening dan tidak selesa pada perut dan tekak sehingga terasa ingin muntah.
  4. Mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja seperti di cucuk-cucuk.
  5. Mengalami perubahan perasaan seperti mudah marah, murung dan berasa letih serta selera makan akan sedikit terganggu beberapa hari sebelum sakit kepala menyerang, perasaan ini kebiasaannya tidak begitu ketara.

Darah yang tidak lancar atau tersekat sampai ke otak akan menyebabkan sakit kepala yang teruk. Punca-punca tercetusnya gejala sakit kepala atau migrain ini adalah seperti :-

  1. Terdedah kepada asap rokok
  2. Waktu tidur yang tidak teratur
  3. Terdedah kepada persekitaran bunyi yang kuat dan bising
  4. Bau-bauan yang terlalu kuat
  5. Keadaan lampu yang terlalu terang
  6. Kesan alahan seseorang
  7. Mengambil makanan secara berlebihan seperti coklat, keju, kopi, jeruk atau makanan yang diperap
  8. Sering menahan lapar.
  9. Mengambil ubat-ubatan seperti ubat perancang keluarga, sesetengah ubat tidur dan menjalani rawatan hormon

Jika sakit yang teramat di kepala dan kerap, seeloknya segera lah merujuk kepada Doktor dan membuat diagnosa yang betul seperti ujian pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) untuk mengetahui tahap kesihatan kita samada normal atau sebaliknya bagi memastikan tiada punca sakit kepala yang lebih serius. Untuk mengetahui lebih lanjut cara mengurangkan rasa sakit kepala tanpa pil penahan sakit atau penadol ketika sakit menyerang, boleh merujuk di sini Sakit Kepala Hilang Tanpa Penadol Hanya Dengan Suplemen Semulajadi

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Salam sayang dari momcantik.

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |

 

 

atasi-keputihan-semasa-hamil

Tips Atasi Keputihan Ketika Hamil Supaya Tidak Menjejaskan Bayi Dalam Kandungan

Keputihan terdapat 2 jenis iaitu keputihan normal @ fisiologis dan keputihan abnormal @ patologis. Hampir setiap wanita mengeluarkan lelehan faraj pada waktu subur setiap bulan. Situasi ini adalah adalah normal. Berbeza situasi jika ia tidak normal dimana lelehan lendir lebih kental, berwarna kuning/coklat, gatal di sekitar vagina dan berbau.

Keputihan berlaku kerana terdapat peningkatan hormon kehamilan. Hormon estrogen membantu aliran darah ke pelvik dan mengalir ke bahagian vagina lebih banyak daripada biasa dan merangsang selaput lendir badan iaitu Leukorrhea.

Jika keputihan berwarna kekuningan dan hijau, berbau kuat, gatal dan kemerahan, kemungkinan telah mengalami jangkitan faraj @ jangkitan yeast (candidiasis). Seeloknya segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Masalah keputihan bagi sesetengah kes boleh membawa masalah kepada kandungan seperti keguguran di awal kehamilan dan kelahiran bayi pra-matang.

atasi-keputihan-semasa-hamil

Tips Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil :

  • Pertama sekali jumpa doktor sekiranya terdapat perubahan yang tidak normal pada lelehan keputihan
  • Pastikan kebersihan pada kemaluan agar tidak ada bau yang kurang menyenangkan
  • Gunakan panty liners dan pastikan sentiasa menukarnya sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali.
  • Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas supaya pengaliran udara lebih sempurna
  • Membasuh kemaluan dengan rebusan air daun sirih atau bahan cucian yang dikhaskan untuk penjagaan bahagian intim.

Pengambilan makanan secara seimbang boleh membantu menguatkan sistem imun badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit semasa hamil. 5 makanan bantu ibu hamil tingkatkan imun sistem.

Semoga bermanfaat!

Salam sayang dari momcantik

sid 910071| hadyla.rose@yahoo.com | momcantik.wordpress.com | 012.3398734 | SID :910071 |